BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 9, 2010

perghh..pedang yang boleh digulung....





Lembu Unicorn??? SUBHANALLAH





trailer Transformers 3: Dark of the Moon

kesian...Ibu 70 tahun dibiarkan anaknya di rumah.....

Wanita 70 tahun  ditinggalkan bogel di rumah usang

ALOR GAJAH: Seorang ibu  berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian dalam keadaan menyedihkan di  sebuah rumah usang di Kampung Melekek Dalam, dekat sini, semalam, dipercayai  ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak lama.

Warga tua malang ini  didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa dibaluti sebarang pakaian,  manakala najisnya dilihat bertaburan di situ, selain keadaan persekitaran berbau  busuk dan hancing serta sangat meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60,  berkata wanita tua berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal  seorang diri dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau  beberapa tahun lalu. "Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan,  minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat ini  berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh bergerak lagi  kerana terlalu uzur," katanya.

Rahmat berkata, sebagai jiran dan  penduduk kampung itu, beliau prihatin dengan nasib wanita tua berkenaan dan  berharap satu tindakan segera diambil bagi membantunya supaya tidak terus  menderita terbiar di situ dihurung lalat dan bau busuk.

Katanya, wanita  itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan melawatnya  selang beberapa hari dengan membawa makanan.

"Kami sebenarnya sudah  bertemu wanita ini dan berbincang berhubung nasib ibunya tetapi tidak mendapat  maklum balas positif, malah kami juga pernah mengajukan masalah ini kepada  Jabatan Kebajikan Mas yarakat (JKM) bagi mendapat bantuan dan ia tetap tidak  berhasil.
"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang  sapu, manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan  dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan  Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.

"Jadi, sampai bila wanita tua  ini terus hidup dalam berkeadaan seperti ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan  termasuk membawanya ke pusat jagaan sesuai supaya kehidupannya lebih terurus,"  katanya.

Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah  kayu itu dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak,  manakala lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan. 

Saturday, November 27, 2010

Best Global Brands for 2010


bas 2 alam

Bas nih mampu berjalan di darat dan juga di air... Tak salah kan kalau aku cakap bas nih bas 2 alam....huhu





Friday, November 26, 2010

apabila meletup....

Ikan paus 50 tan meletup

Seekor ikan paus yg ditangkap utk tujuan penyelidikan
tiba-tiba meletup di sebuah jalan di Taiwan
pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling
yg berada berdekatan. Ikan paus sperma yg mati di pantai
itu dibawa ke Tainan, meletup disebabkan pengumpulan
gas yg terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit,
Tekanan yg kuat menyebabkan ianya meletup tiba-tiba.


2)
Rokok meletup

Kejadian ini berlaku di Indonesia. Seorang lelaki
kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan
di mulut selepas sebatang rokok yg dihisapnya meletup.
Andi Susanto yg berumur 31 mengatakan kejadian itu
berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil
menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi
sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar
rokok tersebut..Akibat kejadian itu, Andi berniat utk
berhenti merokok...agak-agaknya pe yg ada dalam rokok
andi tu? mercun?? moral of the story : jgn isap rokok sambil
bwk moto, isap mender lain xper..hehe

3)
Ipod Meletup

Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod
yg dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin
panas. Kemudian mengeluarkan asap, dgn sepantas kilatnya dia
melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dgn
mengeluarkan bunyi 'pop', huhu, cam ujian oksigen ngan CO2
masa zaman sekolah menengah lak ada bunyi 'pop-pop' nih..


4)
Laptop meletup semasa persidangan

Semasa mengadakan satu persidangan di Jepun, sebuah laptop jenama
Dell tiba2 je meletup. Nasib baik la pemilik laptop tu
xda depan laptopnya semasa kejadian tu berlaku, kalo x
ilang la mukanya yg ensem tu..


5)
Jamban Meletup

Camner la jamban pun leh meletup?? kejadian ni berlaku kepada
John Jenkins, 53 menggunakan jamban nih, sebaik je dia
menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..isk3, bahaya tol..
Akibat kejadian ni, mamat nih menyaman sebuah syarikat arang dan
kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan
muka, leher, lengan dan kaki Jenkins mengalami lecur selepas
rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yg
bocor di bawah jamban ini berapi dan meletup..hoho


6)
Kerusi pejabat pun meletup gak

Camner la kerusi meletup, mengikut sumber2 yg diceritakan,
kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yg berada
di bawah kerusi tu, silinder gas tu digunakan utk memudahkan
kerusi tu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi,
ianya boleh meletup! Menurut ceritanya, itu yg berlaku..tapi
xtau la kot2 ada org letak bahan letupan bawah tu..kejadian
ni menyebabkan seorang budak lelaki 14 thn maut dimana
besi yg tercabut akibat letupan itu mengenai rektum bdak tu
menyebabkan dia mati serta merta..pergh, sula cara moden


7)
Chewing gun meletup

ni lagi satu citer x masuk akal, Seorang pelajar yg
berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya
selepas sedara maranya mendengar satu bunyi 'pop'
yg kuat. Selepas ditemui, sedara maranya terkejut menjumpai
Vladimir mengalami luka yg teruk di rahang. Menurut pihak forensik,
Vladimir telah memakan chewing gun yg mengandungi satu
bahan kimia yg tidak dikenali.

8)
Telefon bimbit meletup

ni salah satu kejadian yg biasa kita dgr, kat Malaysia pun
aku penah dgr cerita2 telepon meletop nih, bagaimanapun citer ni
berlaku kat China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletop.
Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yg baru dicas ke
dalam henfonnya, dan dia letak kat poket, henfon dia tros
meletop. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan
arteri utama.

9)
Deoderan meletup, remaja cedera

Seorang remaja cedera selepas dia baru je men'deoderan'kan
dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia
mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke spital
utk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan
tingkap tandas pecah..fuhh, bahaya ni

10)
Mesin basuh meletup

Kejadian ni berlaku apabila sorang mamat ni yg
bernama Glenn Johnson meletak gasolin ke dalam
mesin basuhnya utk menghilangkan kesan gris pada bajunya.
Menurutnya lagi, dia dah 25 thn mengpraktiskan cara tersebut
utk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia letak detergen, air
dan sedikit gasolin utk tujuan tersebut. Katanya ayah dia yg ajar...
tapi dia mengaku dia dah terlebih letak gasolin menyebabkan
ada gas2 gasolin yg terbebas keluar dari mesin basuh tu yg mungkin
menyebabkan letupan terjadi....

Jangan Tinggal Daku from SevenCollar

Lagu yang diberi nafas baru....Mulanye kedengaran agak pelik dari lagu asal....Tapi bila dengar lagu ni berulang kali terdetik pulak di hati aku.."best jugak lagu nih"....So aku share dengan korang semua lagu ni beserta liriknya....



Jangan tinggal daku
Oh adik oh juwita
Kanda sedang rindu
Pada mu yang manis jelita
Hanya dikau sorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan
koleksi lirik lagu http://liriklagu.biz

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

Oh oh jangan tinggal daku
Oh dewi oh manis ku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

Oh oh jangan tinggal daku
Oh dewi oh manis ku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu

Saturday, October 16, 2010

Between WIFE and GIRLFRIEND


Some people say:
Wife is a HARIMAU ............ ...
Girlfriend is HARI HARI MAHU

And some say:
Wife is like TV,
Girlfriend is like Handphone (HP)

At home watch TV,
Go out bring HP.

No money, sell TV.
Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.

TV is big, bulky and most of the time old but HP is cute, slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding.

Most Important, TV got remote but HP don't have.

Last but not least.......

TV do not have virus but HP have VIRUS......

Once get it, HABIS LAH.

So better choose TV lah

Friday, October 15, 2010

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris.Surah an-Naba:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri. Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih. Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.

10 Perkara mengenai JIN

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).
5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca "Sala Mun,'Ala Sulaiman, Fil 'alamin". Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu". Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong..!!Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai..!! orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Thursday, October 14, 2010

time nak potong kuku tengok dulu pada harinya....

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



Tips to keep away from Breast Cancer


National Breast Cancer Awareness Month, experts from Fred Hutchinson Cancer Research Center and its clinical care partner, the Seattle Cancer Care Alliance, have offered 10 tips to keep away breast cancer.
 
The 10 tips provided by Anne McTiernan, director of the Hutchinson Center's Prevention Center, a member of the Center's Public Health Sciences Division, and author of "Breast Fitness" (St. Martin's Press):
 
1. Avoid becoming overweight
 
Obesity raises the risk of breast cancer after menopause, the time of life when breast cancer most often occurs. Try to maintain a body-mass index under 25.
 
2. Eat healthy to avoid tipping the scale
 
Embrace a diet high in vegetables and fruit and low in sugared drinks, refined carbohydrates and fatty foods. Eat lean protein such as fish or chicken breast and eat red meat in moderation, if at all. Eat whole grains. Choose vegetable oils over animal fats.
 
3. Keep physically active, even when begun later in life.
 
It reduces overall breast-cancer risk by about 10 percent to 30 percent. All it takes is moderate exercise like a 30-minute walk five days a week.
 
4. Drink little or no alcohol
 
Alcohol use is associated with an increased risk of breast cancer.
 
5. Avoid hormone replacement therapy
 
Menopausal hormone therapy increases risk for breast cancer. If you must take hormones to manage menopausal symptoms, avoid those that contain progesterone and limit their use to less than three years. "Bioidentical hormones" and hormonal creams and gels are no safer than prescription hormones and should also be avoided.
 
6. Consider taking an oestrogen-blocking drug
 
Women with a family history of breast cancer or who are over age 60 should talk to their doctor about the pros and cons of oestrogen-blocking drugs such as tamoxifen and raloxifene.
 
7. Don't smoke
 
Research suggests that long-term smoking is associated with increased risk of breast cancer in some women.
 
8. Breast-feed your babies for as long as possible
 
Women who breast-feed their babies for at least a year in total have a reduced risk of developing breast cancer later.
 
9. Participate in a research study
 
The Hutchinson Center is home to several studies that are looking at ways to reduce the risk for breast cancer.
 
10. Get fit and support breast cancer research at the same time
 
Regular physical activity is associated with a reduced risk of breast cancer. Ascend some of the world's most breathtaking peaks while raising vital funds for and awareness of breast cancer research.

TerbaEK punye BUS Stop...





Perbezaan otak kiri dan kanan....

Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua bahagian otak bertanggungjawab silang, maksudnya belahan otak kanan bertanggung jawab terhadap tubuh bahagian kiri dan sebaliknya.
Hal ini bererti bila otak kanan seseorang lebih dominan, maka orang tersebut cenderung menjadi kidal atau aktif dengan bahagian tubuh kiri. Kedua belahan otak sangat identik tapi berbeza fungsi. Masing-masing otak berperilaku berbeza.
Otak adalah organ tubuh yang paling penting dan penting bagi kelangsungan hidup manusia. Jika manusia diibaratkan sebuah komputer, otak adalah prosesornya.
Otak manusia terdiri lebih dari 100 bilion saraf yang masing-masing berkaitan dengan 10 ribu saraf lain. Otak adalah organ tubuh vital yang merupakan pusat kawalan sistem saraf pusat.
Otak manusia terbahagi menjadi dua dan dibatasi oleh celah longitudinal. Celah longitudinal disebut juga dengan celah great longitudinal atau celah longitudinal cerebral merupakan alur dalam yang memisahkan kedua-dua belahan otak manusia.
Ada keuntungan manusia memiliki otak yang terintegrasi. Dengan dua permukaan permukaan menjadi lebih luas, yang membolehkan untuk pertumbuhan dan pendinginan. Dengan dengan dua belahan, otak menjadi memiliki fungsi masing-masing.
Otak belahan kiri dan belahan kanan mempunyai fungsi masing-masing. Seperti dilansir dari Buzzle, Senin (7/6/2010), berikut fungsi masing-masing belahan otak:
Otak belahan kiri
Otak kiri dicirikan dengan ciri-ciri yang berkaitan dengan kemampuan analisis, logik, susunan, objektif dan rasional. Dengan karakterisitik ini, orang yang dominan menggunakan otak kiri cenderung mempunyai pendekatan rasional terhadap kehidupan.
Orang yang dominan otak kiri akan lebih tertarik dengan angka, kata-kata atau simbol. Dengan cara berfikirnya yang logik dan rasional, individu dengan dominansi otak kiri cenderung melakukan kemampuan analisa dengan baik. Misalnya dalam bidang teknik atau akutansi.

Orang dengan dominasi otak kiri berpengalaman dalam perancangan, dan orang ini jarang sekali melakukan persiapan di saat-saat terakhir.
Otak belahan kanan 
Di sisi lain, ciri-ciri yang berkaitan dengan otak kanan adalah intuitif, rawak, subjektif, holistik (secara menyeluruh) dan sintesis. Dengan ciri-ciri ini, orang yang dominan dengan otak kanan cenderung lebih kreatif ketimbang orang yang dominan otak kiri.
Kenyataan bahawa orang dengan dominansi otak kanan lebih cenderung menyukai aspek visual, sehingga orang-orang tersebut jarang menanggapi masalah secara terperinci.
Individu dengan dominansi otak kanan cenderung lebih kreatif dan intuitif, baik di bidang seni yang kreatif, maupun di bidang-bidang yang lain. Individu tersebut mempunyai masa yang tepat untuk memprioritaskan hal-hal yang sulit, kerana sebahagian besar keputusan yang dibuat pada saat terakhir.
Jika dua individu diberikan beberapa kes, satu dengan dominansi otak kanan dan yang lain dengan dominansi otak kiri, orang dengan dominansi otak kanan akan mula bekerja tanpa melalui manual arahan yang ada. Sedangkan individu dengan dominansi otak kiri akan melakukannya melalui manual, memahami konsep, baru kemudian menangani kes tersebut.
 
P/s:aku seorang yang berfungsi kedua-dua otaknye...huhu

Kejayaan yang kadang2 kita abaikan

1. KEJAYAAN TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN USIA ANDA !

1.Nelson Mandela, jadi presiden usia 76 tahun
2.Steve Jobbs, jutawan usia 21 tahun
3.Kolonel Sanders (KFC), mulai bisnis umur 65 tahun
4.Winston Churchill, banyak kali menghadapi kegagalan, baru jadi PM Inggeris usia 52 tahun.
5.Bill Gates, terkaya di dunia usia 41 tahun

2. KAJAYAAN TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN SUKU, AGAMA,BANGSA,
WARNA KULIT DAN KETURUNAN.

1.Obama : Presiden Amerika Syarikat sekarang ini
2.Jenderal Colin Powell, Martin Luther King : kulit hitam
3.Confusius: anak yatim di Cina
4.Charles Dickens : penulis cerita kanak-kanak Inggeris, menulis di gudang, banyak naskahnya dibuang ke tong sampah oleh editornya.

3. KEJAYAAN TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN (CACAT) FIZIKAL.

1.Hellen Keller: buta, pekak, penulis dan pendidik terkenal dunia.
2.Shakespeare: cacat kaki, penulis novel.
3.F.D. Roosevelt: terkena polio, presiden 32 AS.
4.Beethoven: pekak, komposer muzik.
5.Napoleon Bonaparte : sangat pendek, wajah tidak menarik, pemimpin pasukan penakluk Eropah.
6.Anthony Robbins: Lulusan SMA, kegemukan/obesiti, merubah persepsi tentang penampilan dan cara diet, menjadi langsing, motivator terkenal dunia.

4. KEJAYAAN TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN TAHAP PENDIDIKAN

1.Thomas Alfa Edison : pendidikan SD, 2000 paten.
2.Li Ka Shing: berhenti sekolah umur14 tahun, orang terkaya di Hongkong.
3.Henry Ford : tidak pernah ke sekolah
4.The Wright Brother : orang biasa dan tidak berpendidikan tinggi, menciptakan pesawat terbang pertama di dunia.
5.Bill Gates, orang terkaya didunia memulai bisnis setelah lulus SMA.
6.Lawrence Ellison : drop out from university, pemilik Oracle Corp, orang terkaya kedua didunia.

5. KEJAYAAN TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN LATAR BELAKANG KELUARGA

1.Andrew Carnegie : bekerja usia 13 tahun, keluarga sangat miskin, menjadi Raja Besi Baja dunia.
2.Walt Disney : usia 20 tahun pemuda miskin dan tidak terkenal, usia 30 tahun jadi usahawan terkenal.
3.Abraham Lincoln lahir dari keluarga miskin
4.Napoleon Hill dilahirkan dari keluarga miskin, ibunya meninggal saat dia masih kecil, jadi guru motivasi terkenal dunia, bukunya Think and Grow Rich : menjadi acuan pertama bagi para motivator dunia.
5.Bill Clinton : ayahnya meninggal ketika masih kecil, adiknya terlibat dengan ubat terlarang.

Friday, October 8, 2010

nak duduk?bayar dahulu...!!!













bagaimana nak mengelakkan SANTAU

Amalan yang harus diamalkan untuk mengelakkan SANTAU.Anda haruslah mengamalkan surah Al-Quraisy sebanyak SATU kali sebelum berangkat ke tempat makan.Setelah sampai ke tempat makan,bacalah surah al-Quraisy sebanyak SATU kali lagi.
Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut,perhatikan bayangan wajah kita di dalam air.Sekiranya terdapat wajah kita maka dibolehkan kita meminumnya.Namun sekiranya tidak ada,maka sebaiknya jangan minum.

Baca doa ini,pusing sedikit pinggan.Pinggan itu akan pecah dengan sendiri dengan izin Allah jika terdapat racun santau
Kaedah perubatan dari Dato' Haji Ismail Kamus

Thursday, October 7, 2010

Air mata Nabi Adam

Air  Mata Nabi Adam

Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis,  beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air  ini."

Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa  Yang Akan Ditanya:


Dalam sehari  ada 24 jam. ? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar  azan.

Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala  Jengking Neraka


Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi..

Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat,  orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka  minum arak."

rindu pada blog

Lebih kurang sebulan lebih aku tidak menulis sebarang catatan pun pada blog aku.Aku merasakan rugi sahaja membiarkan blog aku kosong tanpa sebarang catatan.Amat rugi sekali bila aku mempunyai begitu banyak info akan tetapi aku tak share pun dalam ruang blog aku nih..Ruginya aku rasa.Sekarang aku dah bertekad,ape nak jadi jadilah..Aku dah tak kisah dah..aku akan share ape pun yang aku dapat.Anything as long as the info is useful for us.Sebenarnya aku tak nafikan faktor FB kena block by opis aku menjadi punca utama aku nak bergiat lebih aktif dalam blog..huhu...InsyaAllah....

Sunday, August 15, 2010

dalam laut ada sungai?



Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
llahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

p/s:credit to Suzana

Thursday, August 12, 2010

You Came to me (Ramadan Song) English by Sami Yusuf



Ya Allah..suke sangat lagu nih..rasa insaf...

Ramadan El Sana Di / Ramadan This Year / رمضان السنة دي



Cute Sesangat budak-budak nih nyanyi..

Wednesday, August 11, 2010

Welcome O Ramadan





Hari ini first Ramadhan.Alhamdulillah akhirnya tiba juga bulan yang mulia ini..Banyak yang aku berniat nak buat..Tapi of coz la nak mohon ampun banyak-banyak dengan Allah SWT...Moga dengan keberkatan Ramadhan ini,Allah akan mengampunkan dosaku dan dosa keluargaku..InsyaAllah...

Tuesday, August 3, 2010

Imam Adib jadi Imam kt Amerika

 Alhamdulillah..murah betul rezeki Imam Adib nih.Aku dapat tahu pun dari Sinar FM..COngratz Imam Adib..



mStar Online : Adib Dijemput Jadi Imam Terawih Di Amerika Syarikat

Sunday, August 1, 2010

I keep on forgetting-Jojo

Forever In My Life by Jojo




Uhoh Yeah Yeahhh Ohh


The Way Your Part Of me,

I Would have to re-learn everything,

If You were to leave,

So fast you make me feel like was autumn Leaves,

And honestly..There a perfect explanation

Why you feel so good to say that your


Chorous:

My love,my love,my love

i´ll give you all my love if you,if you,

if you dont change a thing,

About the way you hold me everynight,

so right, i wanna man like you forever in my life.




Im a Stick inside a jar,

turn the lid and set me free,

I Love Everything that you are,

has a million other reasons,

But lets not go to far,

Stay,close to my heart,

When I think about the future,

i am right there where you are,

Cuz you´re...


Chorous:

My love,my love,my love

i´ll give you all my love if you,if you,

if you dont change a thing,

About the way you hold me everynight,

so right, i wanna man like you to say you´re,


My love,my love,my love

i´ll give you all my love if you,if you,

if you dont change a thing,

About the way you hold me everynight,

so right, i wanna man like you forever in my life.



I know,that you,would never leave me hanging,

Hanging out to dry in the wind,

I know that we haven´t seen the worst ofit,

But when we do,i promise you we´ll stick it out together.


Chorous 2x :

My love,my love,my love

i´ll give you all my love if you,if you,

if you dont change a thing,

About the way you hold me everynight,

so right, i wanna man like you forever in my life.


so right, i wanna man like you forever in my lifeeeeee(...)


p/s:My love,I'll give you all my love but please don't let me go..hold me tight..What a beautiful words..

Imam Muda Kemuncak-ayat Al-quran





Love this..Sungguh menyentuh perasaan setiap mukmin..Allahhu Akbar..Subhanallah..Lailahaillah

wanita berpakaian merah

Betul ke ade lembaga menyerupai wanita berpakaian merah sering menganggu pengguna Lebuhraya Utara-Selatan?terutama pengguna Highway area Utara(Sungai Petani ke Utara).Sampaikan masuk local newspaper.Waktu aku drive nak balik Sungai Petani dari Alor Setar,ayah aku pun pernah berpesan.Time tuh aku balik dengan mak aku.Ayah aku pesan time malam-malam macam nih jangan guna highway,sebab kawasan tol Alor Setar Selatan sampai ke Gurun agak 'keras' sikit.So aku pun balik guna jalan lama.pastuh keluar dekat tol Pendang.Alhamdulillah kami sekeluarga sampai Sungai Petani dengan selamat.Kami sampai rumah pun dalam area pukul 11.00 malam.Tapi sampai sekarang kalau kami sekeluarga nak balik Sungai Petani dari Alor Setar,kami akan keluar dari tol Pendang.Hanya bila kami balik malam.Walau macam mana pun,semua kejadian adalah ketentuan Allah.Wallahualam.

Saturday, July 31, 2010

beautiful words

Life is not an easy road for most;
It twists and turns with many forks in the road,
Although always, and inevitably, we are given a choice ...

Do we turn to the right ... or the left?
Do we take the high road ... or the low road?
Do we take the easy path ... or the difficult one?

Decisions are not easy for those struggling for direction ...
And sometimes the many choices and signs become overwhelming.


Poems nih memang cun sangat...So beautiful..memang kena-mengena dengan life kebanyakan orang.and aku salah satunya...

source:http://100-poems.com/poems/life/0406007.htm

Imam Muda 2010

Alhamdulillah semua kita dah tahu sape imam muda 2010.Hari Jumaat 30.07.2010 merupakan kemuncak imam muda dan Imam Muda Asyraf dinobatkan sebagai imam muda 2010.Bagi aku dua orang ustaz nie memang selayaknya digelar pemenang...Baik Asyraf atau Hizbur..and the best part is this two guys came from Northern region..So aku bangga gak le..sebab aku dilahirkan di Penang and stay di Kedah..so bangga lar..hehe..aku paling suka 1 part dalam episod kemuncak nih..bila kedua-dua ustaz kita mengaji..Ya Allah menitis air mata aku..terasa kerdil sangat diri ni..n lagi 1 kesemua peserta imam muda dapat tajaan penuh biasiswa University al-Madinah..Alhamdulillah..Tahniah semua..kat bawah nih aku bagi profile kedua-dua ustaz nie untuk tontonan umum..

Friday, July 30, 2010

khasiat KURMA

Seperti semua sedia maklum,kurma memang banyak khasiat dia.Dalam al-quran dah tertulis betapa berkhasiatnya kurma.Kurma juga dikenali dengan tamar.Sunnah bila kita berbuka puasa dengan kurma dulu..So ape khasiatnya?

1.mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah
merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma
juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.
Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah
penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan
lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah
Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, "Daripada
segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan sel darah merah."

2.Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang
menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam
usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran
sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan
untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai
diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana
kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

3.Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium
dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur
ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium
yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan
darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung
Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong
mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan
memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma
juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal
ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar
denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

4.Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam
memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa
dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak
bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong,
saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah
dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan
sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam
badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu
memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu
daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab 'al-Maktuubaat' hasil
tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta
oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang
demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan
rasa kenyang dengan serta-merta.

5.Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina
Maryam a.s; "Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan".

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk
menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji
mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid
amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan
merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme
badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid
amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat
diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang
boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan
rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai
agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur
aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha
suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna,
bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan
manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

6.Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan
kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali
Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus
kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah
kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali
sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad
SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan
tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada
sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: "Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan
penawar kepada segala racun." (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)

source:Yahoo group-Relexjap (http://www.books.perintis.com.my)